4 Jenis Makanan Yang Boleh Mengurangkan Sakit Gatrik!


Gastrik adalah sejenis penyakit disebabkan ketidakseimbangan asid dan pepsin pada usus kita. Apabila seseorang itu ada penyakit ini, dia hendaklah sentiasa jaga pemakanan dan jangan skip makan seharian. Kalau sakit Gastrik ini sudah menyerang, memang sakitnya bukan calang-calang. Sesetengah orang boleh pengsan kalau ketahanan dirinya lemah untuk lawan sakit Gastrik ini.
Sekiranya ketika gastrik mula menyerang dan tiada ubat gastrik dengan anda, di bawah ini ada tersenarai beberapa makanan yang mudah didapati dalam dapur kita yang berfungsi mengurangkan sakit gastrik yang di alami. Jom baca.

MAKANAN UNTUK KURANGKAN SAKIT GASTRIK
1) Pisang

- Pisang mengandungi Potassium yang sangat dan mempunyai nilai pH yang tinggi iaitu alkali. Pisang juga mempunyai komponen yang membantu dinding perut untuk menghasilkan lebih banyak mucus. Mucu ini melindungi dinding dalam perut dan mengurangkan kerosakan dalam perut yang disebabkan oleh asid gastrik.
- Pisang yang terlebih masak mempunyai nilai pH yang lebih tinggi. pH yang tinggi bermaksud ia bersifat alkali. Boleh lah anda cuba pisang yang sedikit kehitaman untuk kurangkan sakit gastrik.
2) Susu Sejuk

- Susu adalah tinggi kandungan kalsium. Kalsium membantu mengelakkan pembinaan asid dan menyerap lebihan asid yang tidak diperlukan. Susu sejuk pula membantu melegakan sedikit rasa perit gastrik.

3) Bunga Cengkih

- Bunga cengkih adalah untuk digigit semasa gastrik. Selain itu, bunga cengkih membantu melancarkan perjalanan makanan ke arah perut dan meningkatkan penghasilan air liur. Air liur akan membantu proses penghadaman. Jika anda gastrik, gigit satu bunga cengkih, dan biarkan kejap dalam mulut. Ia akan membantu mengurangkan keasidan perut dan memberi sedikit kelegaan.

4) Halia

- Halia membantu penghasilan mukus yang membantu mengurangkan keasidan perut. Kunyah halia atau rebus halia dalam air, dan minum air halia untuk kelegaan gastrik.

Kalau diserang Gastrik, bolehlah amalkan makan makanan di atas. Semoga dapat membantu mengurangkan kesakitan gastrik yang dialami.

0 Response to "4 Jenis Makanan Yang Boleh Mengurangkan Sakit Gatrik!"

Post a Comment