Perempuan
sering bicara ciri-ciri lelaki yang menjadi pilihannya tetapi pernahkah wanita
tahu bahawa lelaki juga mempunyai ciri-ciri wanita yang menjadi idamannya.
Tersenarai dibawah adalah 9 ciri-ciri wanita idaman lelaki
yang perlu diketahui;
1. Sikap Keibuan
Banyak lelaki yg terpikat pada wanita yg bersikap keibuan,
lembut,mengambil berat dan penuh kasih sayang. Wajah yg keibuan mampu
membuatlelaki berasa tenteram ketika sedang stress, cemas dan gelisah dan
senang hati ketika mahu bermanja. Jangan tunggu sampai melahirkan baru nak
tonjolkan sikap keibuan. Setiap wanita ada potensi keibuan dalam diri masing2.
2. Keanak-anakkan
Dalam batas yg wajar, sifat keanak-anakan seorang wanita
menjadi daya tarikan di mata lelaki. Mereka berasa terhibur dengan keletah
anda. tetapi tentulah bukan sifat keanak-anakkan yg melampau dan menyakitkan
hati tetapi sikap keanak-anakan yg menyenangkan. Misalnya, kemanjaan wanita yg
membangkitkan naluri kebapaan dan kelakian lelaki. Wanita ceria membuat lelaki
lebih berghairah.
3. Penuh Pengertian
Sikap pengertian wanita membuat lelaki berasa dihargai dan
diterima seadanya. Sikap ini tercermin dari perasaan mudah memaafkan, memilih
waktu yg tepat utk berbincang masalah dan sebagainya. Contohnya ketika lelaki
melakukan kesilapan, wanita yg berpengertian tidak terus mengeluarkan kata2 yg
kasar atau menuduh bukan2 sebaliknya cuba mengerti duduk persoalannya.
4. Menghargai
Wanita yg menghargai lelaki adalah wanita idaman lelaki.
Berbeza dgn wanita yg suka diperlakukan dgn lembut, lelaki suka dihargai,
dipuji dgn tulus ikhlas dan diberi kepercayaan. Penghargaan dari wanita membuat
lelaki berasa bangga.
5. Menjaga Penampilan
Lelaki menyukai wanita yg pandai menjaga penampilannya agar
sentiasa kelihatan cantik, bersih, kemas dan menarik. Penampilan yg baik
menunjukkan wanita tersebut menghargai dirinya.Dia akan murah senyuman, pandai
merawat tubuhnya, meningkatkan kualiti hidupnya dan memberi yg terbaik kepada
dirinya.Dia suka dan bersyukur dengan dirinya dan secara tidak langsung
memancarkan pesona yg menyebabkan lelaki juga menyukainya. Apabila sudah
berumahtangga, wanita tersebut terus menjaga penampilan dirinya dan kesihatan
tubuh badan walau sudah beranak-pinak. Siapa yg tidak suka isteri yg masih
kelihatan cantik dan ramping walau dah punya anak 3??
6. Pandai berbicara
Lelaki tertarik dgn wanita yg pandai berkomunikasi dan boleh
diajak berbual. Walau topik perbualan yg disukai lelaki berbeza dgn topik
kegemaran wanita,wanita tersebut dapat mengimbanginya. Dia bukan sekadar teman
berbual yg pasif, tetapi dapat memberi respon dan pendapat yg baik.Dia juga
tahu menjadi pendengar yg baik, serta mengalihkan topik yg agak serius kepada
perbualan yg lebih menarik. Lelaki juga suka dengan wanita yg suka bergurau dan
pandai berjenaka serta boleh menerima jenaka lelaki dgn baik dab berfikiran
terbuka.
7. Pandai Bergaul dan Menyesuaikan Diri
Wanita yg pandai bergaul dan menyesuaikan diri mempunyai
nilai lebih di mata lelaki. Wanita tersebut tahu menghadapi orang yg lebih tua
dan cara berhadapan dgn orang yg lebih muda. Apabila berhadapan dgn suasana yg
baru, wanita tersebut tidak gentar malah cepat menyesuaikan diri. Dia mudah di ajak
ke mana saja dan tidak kekok samada di bandar atau di kampung.
8. Menghormati Diri Sendiri
Lelaki suka dgn wanita yg menghormati dirinya sendiri
sebagai seorang wanita, bersikap sopan dan mempunyai etika. Wanita yg
menghormati dirinya sendiri mempunyai keyakinan dan tahu apa yg baik dan buruk
diperlakukan oleh seorang lelaki terhadap dirinya. Jadi dia tahu apa yg dia
inginkan dan mahu elakkan serta menjaga maruah dirinya. Dia tidak akan
merendah-rendahkan dirinya dan tidak akan membiarkan lelaki memperlakukan
dirinya sesuka hati.
9. Simpati dan prihatin
Lelaki suka wanita yg murah hati, mengambil berat, simpati
pada nasib yg susah, sayangkan kanak-kanak dan tidak memilih bulu. Kebaikan yg
wajar dan spontan mencerminkan hati yg mulia. Ada kecantikan dalaman pada
dirinya yg memancar keluar dgn indah dan mempesona.
0 Response to "9 SIFAT WANITA YANG MENJADI IDAMAN SETIAP LELAKI "
Post a Comment