Tempat Perlancongan Paling Berkuman Di Amerika



Tahukah anda sampah daripada sisa gula getah yang habis dikunyah merupakan salah satu masalah besar yang dihadapi oleh negara barat. Satu kajian yang dilakukan pada tahun 2005 menyatakan bahawa rata-rata warga Amerika menguyah lebih 160-180 buah atau 800gram gula getah setiap tahun. Jika dikalikan dengan jumlah penduduk di Amerika ia menghasilkan sebanyak 250,000 tan setahun. Menarik bukan?

Namun masalah yang dihadapi adalah sebahagian besar sisa gula getah itu berakhir di jalanan, dinding, dan tembok. Kerajaan Amerika telah membiayai jutaan dolar setiap tahun hanya untuk membersihkan sisa buangan gula getah ini. Namun kerana sifat gula getah yang lunak dan memiliki pelbagai warna maka munculah idea yang menjijikan di Amerika.



1) Lorong Gula Getah Di San Luis Obispo, California.
via flickr
 Dari jauh permandangan kelihatan seperti sebuah tembok yang mempunyai nilai artistik yang tinggi disamping memiliki corak berwarna-warni menambah lagi keindahan tembok ini. Namun warna-warna tersebut bukan berasal dari cat melainkan sisa gula getah yang sengaja ditampal disepanjang tembok itu. Uwekkkk....


via flickr
Tembok yang mempunyai ketinggian 5meter dan panjang 20meter telah dipenuhi dengan sisa gula getah. Belum ada penjelasan yang jelas bagaimana mulanya trend tesebut berlaku.


Beberapa sejarahwan percaya bahawa kejadian itu berlaku selepas tamatnya perang dunia kedua. Pada waktu itu berlaku persaingan dari Mahasiswa dari San Luis Obisqo High School dan Cal poly. Mereka bersaing siapa paling banyak menampal gula getah di tembok sehingga terciptalah lorong gula getah tersebut.


2) Dinding Gula Getah Di Seattle


Tempat ini telah diberi nama "The Market Theater Gum Wall" yang bererti  teater dinding gula getah yang berada di dinding kedai. Dinding ini terletak di pusat kota Seattle di bawah kedai Pike Place. Bentuknya mirip dengan dinding lorong gula getah yang ada di San Luis Obispo, California.


 Tradisi ini bermula  sekitar tahun 1993 ketika pelanggan dari “Productions Unexpected  Seattle Theatresports”  yang mengunjungi  ke gedung teater terjebak dinding gula getah yang banyak ditampal di dinding, kemudian mereka menampak duit syiling  untuk menutupi gumpalan gula getah tersebut.


Usaha untuk membersihkan gula getah yang ditampal di dinding tidak membuahkan hasil hingga akhirnya pejabat kompleks bangunan tersebut memutuskan untuk menjadikan lokasi tersebut sebagai tempat tarikan pelancong sekitar tahun 1999. Bahkan pada tahun 2009, tempat itu menjadi salah satu dari 5 tempat paling berkuman di Amerika. 

0 Response to "Tempat Perlancongan Paling Berkuman Di Amerika"

Post a Comment