Ciri-Ciri Lelaki Perfect 10 Yang Menjadi Idaman Wanita | Tak kira wanita atau lelaki, masing-masing pasti ada kriteria untuk memilih calon pilihan hati. Ada yang memilih berdasarkan personaliti yang menarik, tak kurang juga yang menilai berdasarkan paras rupa, pangkat dan latar belakang.
Ya, kita memang tidak tahu siapa jodoh yang tertulis untuk kita, tetapi tak salah kan untuk kita senaraikan ciri-ciri pasangan yang macam mana yang menjadi pilihan kita. Kalau nak yang ala-ala ‘perfect 10′ kita pun kenalah ‘perfectkan’ diri kita juga…betul tak?
Sebagai manusia, kita biasanya menilai seseorang berdasarkan paras rupa. ‘First Impression’ selalunya kita nilai berdasarkan luaran. Almaklumlah masa tu belum kenal hati budi. Ada wanita yang suka lelaki yang berbadan sado, ada pula yang suka lelaki yang nampak segak dan bergaya, tak kurang juga yang boleh terjatuh hati hanya dengan melihat senyuman seorang lelaki.
Dari mata turun ke hati, selepas pertemuan pertama maka akan bermulalah sesi kenal hati budi. Masing-masing akan cuba memenangi hati bakal pasangan dengan mempamerkan ciri-ciri yang ala-ala ‘perfect 10′. Kata orang pijak semut pun tak mati. Tapi tak lama, bila dah makin serasi bersama, barulah akan terpamer kekurangan di sebalik ciri ciri perfect 10 itu. Biasalah mana ada manusia yang sempurna. Diri kita sendiri banyak kekurangan. Ini realiti, bukan sebuah kisah novel yang heronya ibarat putera kayangan. Serba serbinya perfect…kacak, kaya, romantik…senaraikan je ciri yang korang idamkan, pasti hero novel atau filem ada semua ciri-cirinya.
1) Beriman Dan Membimbing – Inilah ciri utama yang perlu ada dalam diri seorang lelaki yang sesuai dijadikan suami. Sebagai ketua keluarga lelaki perlulah beriman dan mampu membimbing. Kalau tidak, bagaimana dia nak mendidik isteri dan anak anak nanti.
2) Penyayang Dan Baik Hati – Tiada wanita yang mahukan seorang lelaki yang panas baran. Tak pasal-pasal nanti, salah sikit terus kena sepak terajang. Kebiasaannya bila mendapat suami yang penyayang dan baik hati, rumahtangga akan aman dan bahagia.
3) Rajin Membantu – Wanita pasti suka kalau dapat suami yang rajin membantu buat kerja rumah dan menjaga anak. Zaman sekarang, suami dan isteri, kedua-duanya pun mencari rezeki.
Takkan bila balik ke rumah isteri je buat kerja, si suami plak goyang kaki baca suratkhabar. Kesian isteri pun penat juga kan, nak melayan kerenah anak lagi. Jadi kalau dapat pasangan yang rajin membantu, si isteri pasti tersenyum riang.
Ini antara ciri-ciri asas yang biasanya menjadi kriteria utama bila wanita memilih pasangan. Tak dinafikan memang penting untuk lelaki itu mempunyai ekonomi yang stabil. Maksud puteri bukan mencari yang kaya, tetapi cukup sekadar lelaki itu boleh menyediakan apa yang asas seperti makan, pakai dan tempat tinggal. Takkan kenyang hanya dengan kata-kata cinta sahaja. Setuju??
Kalau nak tahu apa lagi kriteria-kriteria lelaki perfect 10, bolehlah tonton filem terbaru kat pawagam lakonan Aaron Aziz dan Lisa Surihani, bertajuk Suamiku Encik Perfect 10. Filem ini adalah adaptasi dari novel Suamiku Encik Perfect 10.
0 Response to "Ciri-Ciri Lelaki Perfect 10 Yang Menjadi Idaman Wanita"
Post a Comment