Isu Tubuh Yang Perlu Diketahui Oleh Wanita!!!!

Pasti ada ada beberapa soalan tentang tubuhmu yang kamu inginkan jawapan tetapi malu atau awkward nak tanya pada orang lain. Bila Cosmo selidik, ini antara perkara berkaitan tubuh yang kamu pasti nak tahu lebih lanjut


TAHI LALAT BERBULU
Ada khabar angin mengatakan mencabut bulu di tahi lalat boleh menjadikannya kanser. Ini fakta yang salah ya. “Bila tahi lalat tumbuh, ia selalunya mengandungi satu atau dua folikel rambut. Dan tiada masalah jika kamu mahu cabut bulu tersebut,” kata Tony Pearce, pakar rambut dan kulit kepala. Masih risau? Cosmo cadangkan kamu potong bulu tersebut sependek yang mungkin.
PELUH
Baru-baru ini, Nivea menjalankan satu kajian mengenai bagaimana tekanan memberi kesan terhadap warga Australia dan mendapati bahawa berpeluh adalah kebimbangan utama mereka. Rupa-rupanya, situasi janggal membuatkan kebanyakan daripada kamu (76 peratus) kuat berpeluh, di mana separuh daripadanya (52 peratus) menganggap ia sebagai satu masalah. Kalau kamu juga rasa begini, kamu tidak keseorangan.
Langkah terbaik adalah dengan memakai deodoran anti-peluh, atau kamu boleh cuba jenama klinikal (cuba tanya pakar di farmasi). Pakai baju daripada gentian asli seperti wool dan kapas daripada fabrik sintetik yang memerangkap haba, tapi elakkan fabrik yang mudah menampakkan kesan peluh.
NIPPLE HAIR
Puting gelap biasanya mempunyai bulu yang gelap. Kamu boleh cabut bulu tersebut atau dapatkan rawatan laser. “Puting gelap (areola) disebabkan oleh keturunan atau hormon lelaki yang tinggi dalam badan,” kata Pearce. Jika rasa risau, berjumpalah dengan doktor. Kaki kamu cenderung berbau busuk terutama sekali ketika musim sejuk. “Kasut sintetik membuatkan kaki berpeluh dengan banyak, lalu banyaklah bakteria yang terhasil. Kasut kulit adalah pilihan lebih baik,” cadang Sam Christie, podiatrist. “Sebelum sarungkan kasut, tabur bedak di celah-celah jari dan seluruh kaki. Bila kamu tanggalkan kasut, basuh dengan sabun
antibakteria dan keringkannya betul-betul.”
BULU DI JARI KAKI
Mempunyai bulu di jari kaki adalah perkara biasa dan kamu boleh buang jika mahu. Mencukur tak akan buat bulu tumbuh lebih tebal atau gelap, ia hanya nampak begitu kerana kamu sudah ‘tumpulkan’ bahagian batang rambut, sebab itu ia tidak lagi halus secara semula jadi. Kalau kamu cukur bulu betis, cukur sekali bulu di bahagian jari kaki. Waxing atau rawatan laser juga amat berkesan.
KELEMUMUR
Walau sehebat mana penampilanmu, kamu tetap akan nampak ‘eww’ bila ada kepingan kelemumur melekat di rambut atau pakaian. “Untuk pastikan kulit kepala sentiasa sihat, jangan mandi guna air yang telalu panas bila membasuh rambut,” kata Lais Koelle, saintis kanan Head & Shoulders. Elakkan daripada menggunakan pengering rambut terlalu lama dan jarakkan dari rambut semasa mengeringkannya. “Basuh rambut sekerap mungkin (setiap hari atau sekurang-kurangnya tiga kali seminggu) dengan syampu anti-kelemumur berkualiti tinggi. Ini adalah salah satu langkah penting untuk menyingkirkan kelemumur dan memiliki kulit kepala yang sihat,” jelas Koelle. “Biasakan diri untuk membasuh rambut selalu. Ia akan membantu mengurangkan penghasilan kelumumur dengan menyingkirkan sebum – sumber makanan untuk kulat dan salah satu faktor yang menyebabkan kelumumur.”

SUMBER : http://cosmopolitan.my

0 Response to "Isu Tubuh Yang Perlu Diketahui Oleh Wanita!!!!"

Post a Comment