PENGAMBILAN minuman seperti teh dan
kopi akan mengubah warna kecerahan gigi yang secara tidak langsung akan
mencacatkan senyuman kamu. Berikut adalah tip untuk memiliki gigi cantik dan
sihat :-
1. PETUA klasik untuk
memutihkan gigi adalah menggunakan soda bikarbonat yang diletakkan pada berus
gigi untuk mengurangkan hidrogen peroksida.
2. KITA boleh memutihkan gigi dengan menggunakan paste yang
diperbuat daripada beberapa titis jus lemon yang telah dicampur dengan secubit
garam. Gunakan paste tersebut ke gigi dan gosok secara lembut ketika sedang
memberus gigi.
3. SARI buah epal dan cuka putih juga sangat berkesan untuk
menghilangkan kesan karat pada gigi tapi elakkan dari menggunakan secara harian
kerana ia boleh menimbulkan kerosakan pada lapisan enamel gigi.
4. KULIT limau mengandungi unsur pemutih yang sangat lembut.
Gosok gigi dengan menggunakan bahagian dalam kulit limau, ia mampu membantu
menghilangkan kesan karat pada gigi tanpa membahayakan lapisan enamel gigi.
5. SELAIN teh dan kopi, buah-buahan seperti anggur merah,
ceri, beri hitam serta beri biru juga mampu mengubah warna kecerahan gigi kamu.
Jadi, berus gigi atau minum air putih selepas makan buah-buahan tersebut untuk
mengelakkan kotoran melekat di gigi kamu.
6. KEJU mengandungi lactic acid yang berfungsi untuk
melindungi gigi. Selain itu, ia turut mengandungi kalsium dan fosfor yang
berguna dalam pembentukan enamel gigi.
7. NIKOTIN yang terkandung dalam rokok akan menyebabkan gigi
kelihatan kekuningan dan sukar untuk dihilangkan kerana ia telah menembusi
enamel. Dalam kes ini, gunakanlah produk pemutih gigi sebagai jalan
penyelesaiannya.
8. JANGAN lupa membuat temu janji dengan doktor gigi
sekurang-kurang enam bulan sekali untuk membuat scaling bagi mengeluarkan
kotoran permukaan yang berpunca daripada pelbagai makanan.
Sumber: Utusan
0 Response to "8 Tips Memutihkan Gigi "
Post a Comment