6 Punca UtamaKeguguran Rambut | Ramai yang mengalami masalah rambut gugur. Masalah ini
pasti merisaukan terutamanya buat kaum wanita. Bukankah rambut itu ibarat
mahkota wanita. Ada yang beranggapan produk penjagaan rambut yang kurang sesuai
menjadi punca utama keguguran rambut.
Namun terdapat beberapa faktor lain yang turut menyumbang
kepada masalah rambut gugur. Jika kita dapat kenalpasti punca sebenar kenapa
rambut kita gugur, pasti lebih mudah untuk kita cari jalan penyelesaian. Tak
perlulah nanti asyik bertukar produk penjagaan rambut semata-mata untuk mencari
produk yang sesuai.
Perubahan Hormon – Masalah berkaitan hormon contohnya
ketidakseimbangan horman menjadi antara punca utama masalah rambut gugur.
Antara punca perubahan hormon seperti mengandung, melahirkan anak, menopause
dan mungkin juga pengambilan pil perancang.
Keturunan - Masalah keguguran rambut juga dikaitkan dengan
faktor genetik. Jadi korang berisiko tinggi untuk mengalami masalah rambut
gugur sekiranya ibu atau ayah turut mengalami masalah keguguran rambut yang
serius.
Stress – Tekanan atau stress juga merupakan antara faktor
keguguran rambut. Malah tidur yang tidak mencukupi yang menjadi punca stress
juga menyumbang pada permasalahan ini.
Penyakit - Masalah kulit kepala yang tidak sihat, contohnya
masalah kelemumur boleh mengakibatikan rambut gugur dengan jumlah yang banyak.
Begitu juga jika seseorang mengalami penyakit yang serius,
masalah keguguran rambut juga boleh berlaku.
Pemakanan Yang Tidak Seimbang - Pemakanan yang tidak sihat
turut menyumbang kepada punca masalah keguguran rambut. Begitu juga dengan
makanan yang mengandungi kandungan MSG yang tinggi.
Kekurangan Zat – Kekurangan sumber zat protein, vitamin dan
zinc turut menjadi faktor yang menyebabkan rambut gugur lebih dari kadar normal
setiap hari.
Itu antara 6 punca utama keguguran rambut. Mudah-mudahan dengan perkongsian ini, akan membantu
mereka yang mengalami masalah keguguran rambut untuk mencari jalan
penyelesaian.
Sumber
Sumber
0 Response to "6 Punca Utama Keguguran Rambut "
Post a Comment