Miss Colombia Dimahkotakan Miss Universe 2015


Tahniah buat Ratu Cantik dari Colombia, Paulina Vega, 22, yang baru sahaja dimahkotakan gelaran Miss Universe 2015 setelah setelah menumpaskan pesaingnya yang menduduki tempat kedua, Nia Sanchez, 24, dari Amerika Syarikat dan kira-kira 80 peserta lain dari seluruh pelusuk dunia.
Tempat ketiga Diana Harkusha dari Ukraine manakala wakil dari Belanda dan Jamaica meraih kedudukan keempat dan kelima. Vega yang merupakan pelajar pentadbiran perniagaan dari Barranquilla, Columbia akan menerima satu amaun gaji yang tidak didedahkan, sebuah pangsapuri mewah di New York, produk kecantikan serta biasiswa selama setahun untuk melanjutkan pelajaran di Akademi Lakonan New York.




0 Response to "Miss Colombia Dimahkotakan Miss Universe 2015"

Post a Comment